About me
Memiliki sedikit minat bidang politik dan isu semasa, walaubagaimanapun belum lagi memiliki impian dan cita-cita untuk menyinggung arus politik semasa yang penuh dengan sandiwara yang amat sukar untuk dinilai melalui akal yang waras. Secebis ilmu yang dimiliki memungkinkan pelbagai andaian bisa dirungkai terutamanya dalam usaha menilai ketepatan dan kebenaran satu perjuangan yang memusatkan politik sebagai satu perjuangan.
Amat meminati alam organisasi dimana memusatkan motivasi dan kaunseling sebagai platform untuk bersama mahasiswa juga masyarakat. Pada hakikatnya mungkin boleh dipersoalankan kredibiliti diri lantaran berlakunya kontradiksi diri dengan motivasi dan kaunseling. Tetapi berbekalkan sedikit minat dan ilmu yang mendalam dalam bidang ini disamping berkeinginan yang tinggi untuk mendidik diri sendiri dan masyarakat usaha ini akan tetap diteruskan hingga benar-benar menyanggahi kontradiksi itu sendiri.
Tetap berpegang kepada prinsip Non-Govermental and Oppositional Individual (Individu Bukan Kerajaan dan Pembangkang). Lebih selesa menasihat dan mengkritik kedua-duanya tanpa pro dan kontra kepada mana-mana pihak. Tindakan ini kelihatan seperti individu yang tidak berprinsip. Walaubagaimanapun prinsip ini cuma bersifat sementara berikutan beberapa persoalan dan tanggungjawab yang perlu dijawab dan diselesaikan.
Cuma miliki satu niat sahaja dalam berorganisasi, “iaitu ingin memaksimumkan usaha untuk berbakti kepada masyarakat secara berhikmah dan berstrategis bagi mendekatkan diri dan masyarakat kepada Allah kerana Allah.”
Comments»
No comments yet — be the first.